Salam Semua
Bismillah..
perkongsian pertama Rie utk blog baharu Rie ni pasal debaran menantikan keputusan temuduga Pembantu Tadbir Kewangan W17 pada 20.04.2015 di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu.
 |
| Ini Emel yang sy terima. |
nak cerita pasal temuduga hari tu.
08.00 pagi bertolak dari penginapan (Promenade Service Apartment, Api-Api) sampai ke Queen hampir jam 9 pagi (trafik punya pasal).lepas tu cari parking, fuhhhh hampir sejam baru dapat rezeki parking.
jam 10.00 daftar diri d bahagian urusetia SPA, cik urusetia buat doc checking, dia tanya gambar pasport mana ?? HAHHHH sy tertinggal dlm kereta!!!cisss!!!terus sy lari 100meter pecut ke parking utk ambil pasport.syukur masa tu ada 2 org menunggu giliran ditemuduga.
Selepas gambar pasport bru la lengkap dan lega..Alhamdulillah. tapi debaran yg lagi hebat menanti.
time interview dengan 2 orang kakak penemuduga.
penemuduga : ok azmeer sila perkenalkan diri anda.
sy : (masa tu mungkin nervous jadi suara x keluar, so sy minta keizian untuk tarik nafas) assalamualaikum kpd cik berdua, saya azmeer, lahir di bla bla bla, membesar di bla bla bla, mendapat pendidikan awal di bla bla bla dengan keputusan bla bla bla, seterusnya menyambung sekolah di bla bla bla, (bla bla bla sampai ke pendidikan tertinggi), then paling penting kena JUAL DIRI sy, sy bnyk membuat sumbangan sejak sk sampailah Universiti. antara sumbangan sy ialah bla bla bla, bla bla bla bla,(sumbangan, kegiatan ko kurikulum, kurikulum, persatuan semua sy cerita). lepastu sy cerita lagi serba sedikit pasal keluarga.
penemuduga : kenapa mahu bekerja d jabatan kerajaan
sy : sy mahu kerja d jabatan kerajaan sebapa banyak kelebihan bila berkhidmat d jabatan ini.
penemuduga : apa yg kamu tahu pasal tugas pembantu tadbir kewangan?
saya : apa yg sy tahu sekilas pasal jawatan ini ialah merekod semua kegiatan kewangan syarikat untuk harian,mingguan,bulanan ataupun tahunan. membuat audit, mengeluarkan invoice, meminta invoice,LPO,CPO quoatation dan banyak lagi berkaitan dengan bil2. mengurus loan para pekerja pasal loan sy ada sedikit pengalaman sebelum ini kerana sy menjalani latihan industri d perbadanan pinjaman sabah. jadi sy tahu serba sedikit. dan itu sahaja yg sy tahu berkaitan tugasan PTK.
penemuduga : kamu pernah bekerja d kedai bla bla bla. sila cerita kan pengalaman kamu?
sy: sy bekerja di kedai bla bla bla bla sebagai retail eksekutif selama setahun. sy berperanan untuk bla bla bla bla bla bla bla (semua tugasan sy)
penemuduga : gaya percakapan kamu sesuai utk pegawai atau penyelia. kamu sudi terima jawatan ini hanya sebagai kerani?
sy : bagi sy xda masalah, sebap kebanyakan orang yg berjaya bermula dari bawah (peweeetttt) nanti kalau ada rezeki di masa depan mungkin ini permulaannya.yang penting tidak memilih dan usaha (masa tu mcm nak nyanyi lagu ewah bulan ja).
penemuduga : kalau kamu dapat dan di tempatkan d pedalaman.kamu mau?sebap ada yg ditempatkan d pedalaman terus minta tukar penempatan.
sy:sy lahir d pedalaman yg dulunya serab serbi, jadi kalau dapat pedalaman LANGSUNG tiada masalah utk sy.
penemuduga : ok azmeer jawapan kamu sungguh jelas dan tunggu saja keputusannya nanti ya.
sy : terima kasi cik berdua. sy harap kita dapat bekerjasama di masa hadapan dan jika di beri peluang saya akan berusaha menjadi pekerja yang baik.Insha Allah
penemuduga : Insha Allah.
Thats All. sekian